RAYA 2020

Hai semua

Saya nak ucapkan selamat hari raya kepada semua seluruh umat islam yang menyambut.
I wish you guys a joyous celebration with your family and loved one ya... tapi kena ingat kita masih dalam tempoh PKP jadi patuhi apa yang telah ditetapkan oleh authority okay.

Tak tahu nak cakap apa sangat saya nak tulis benda lain sebenarnya tapi nak wish raya dulu so saya buat separate post la ye. Saya juga nak share gambar raya sebenarnya tapi macam malas pula sebab rasa macam tak selesa share online hehehe it just my preference.

Oh, cakap pasal gambar raya kan meriah sangat semua orang dekat social media beberapa hari lepas. CANTIK CANTIK SEMUA<3 yang lelaki??? tak sure la saya ahahahahhahaha  

hmmm okay itu saja selamat hari raya semua dan selamat malam juga. Di bulan syawal ni jangan la kita tinggalkan amalan amalan yang kita buat masa ramadhan ye. Harap semua dapat teruskan. Sama sama kita perbaiki diri<3 peringatan untuk diri sendiri juga. Boleh juga puasa 6 enam pada bulan syawal ni ye. Saya nak cuba semoga saya dapat tunaikan la perkara baik ni uwaaaaaaa insyaAllah.

Daripada Abu Ayyub RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringi dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun”.

(Hadith Riwayat Muslim)



Assalamualaikum

Comments

Popular Posts