Interview TESL UITM

hello assalamualaikum everyone!

hehe
its been a long time.

dah lama ke? entahlah rasa macam dah lama, dah lama tak melawat/menjenguk blog


ok sebenarnya banyak perkara yang berlaku minggu lepas dan semua yang berlaku tu nak di abadikan di sini sebab tu la buka blogger ni heheheeh tapiiiiii teringat pulak haritu cakap nak tulis pasal interview tesl uitm tu kan so ok ni la entrinya sebab kalau tak tulis sekarang tak tahu bila pulak akan ditulis lagi.

ok enough with the blablabla, pada Ahad,29 April 2018(kalau tak silap) i went to UITM Kampus Dungun dekat Sura. keputusan temuduga ni kita akan dapat tahu seminggu sebelum tu, lebih kurang la.

ok pastu, pastikan korang prepare awal awal semua dokumen dokumen yang dia mintak dan oh tahniahhh kepada yang dapat tu! ^^ erm,,, prepare la apa yang patut tapi biasanya korang takkan buat apa apa pun sebab aku pun macam tu! hahahahaha ok last minute masa hari temuduga tu baru nak sibuk cari pasal isu semasa uwaaaa

tapi jangan la jadi macam aku.

DAN sila datang AWAL ok (thanks me later) sebab haritu aku dapat yang sesi petang so temuduga start pukul 2. aku sampai dalam 1.45 macam tu (ke aku sampai lewat sebenarnya??!) dah start dah! masa tu aku konfius aku yang lambat ke diaorang yang cepat or ada tukar masa ke apa ke kan jadi datanglah awal!!! kalau tak kalutT_T aku mengigil siap HAAHAHA

ok bila dah sampai kat tempat temuduga, korang cari nama korang tengok panel berapa dan nama korang dekat nombor berapa. contoh macam aku panel 2, nombor 15. tu yang start awal, aku panel dua. kawan kawan aku yang lain masa tu iqa fyca and watihqah diaorang berdua panel 3. thanks to iqa kalau tak aku dah menangis tak berlagu hari tu!!! nombor 15 tu turn untuk interview nanti. nasib la kalau interviewer nak start panggil nama daripada bawah ke kan ahahahahah ok be ready!<3

interview ni ada dua sesi

sesi pertama ni korang akan di bawa ke satu bilik untuk jawab soalan bertulis dan soalan tu mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. bahagian A soalan objektif. dia akan bagi satu factual essay dan korang kena jawab berdasarkan text tu alaaa macam SPM tu la ehehehehe... tak tahu la nak komen susah ke senang. dia tak susah dan tak senang jugak tapi mungkin depends pada orang la. aku tak tahu nak expect apa daripada jawapan aku sebab memang jawab je!!! ya Allah bayanglah, aku masuk tu semua orang masa tu dah start jawab. ada Sir tu siap cakap lambat potong markah tau! T^T tapi tak pun rasanyaaa ahhahaha ok sila la datang awal:"")

bahagian B pulak tulis essay. limit dia 250 words. ni tulis je la apa apa pun HAHAHA tajuk aku haritu ermmm apa erk ermmm ha! keburukan internet :)))  goreng je la haahhaahah ya Allah fuh... tapi soalan dia tak sama setiap tahun jadi bersiap siaga la ye semua

ok selesai tu, tiba la sesi kedua iaitu interview OMG BERDEBAR GILA UOLSSS masa ni boleh la buat kawan baru sambil nak tunggu nama kena panggil tu kan, hehe... semua calon masa aku tu kan semua happening dan baik baik! terima kasih sudi berborak dengan saya yang keseorangan. wati and iqa ada kat level 1 aku kat bawah so memang tak boleh nak jumpa jumpa borak borak la huhu

ok tiba la turn saya di interview :)))

ok korang mesti tahu kan basic interview,, ehehhee ketuk pintu sebelum masuk, senyummmmm, bagi salam etc tapi yang paling penting la aku rasa BE YOURSELF, BE CONFIDENT AND BE RSANTUN hahahahaha macam tu la.. adab kena jaga. benda basic kan.

ok interviewer aku haritu sangat baik dan lawa ahahahah i think she is Madam Zafira Hanis(accidentally terjumpa account dia dekat twitter wwkwkkwk), one of lecturer tesl dekat uitm:))

aku speaking memang hancur la but i already did my very best. dan aku berpuas hati sebab aku rasa speaking skill aku better daripada dekat sekolah dulu. aku selalu ermmm errrrr bila bercakap tau. kali ni aku rasa macam aku dah berjaya kurangkan but still, banyak lagi part yang perlukan improvement!!! grammar hancur lagi. vocab pun tak luas lagi banyak la profiency semua insyaAllah i will try to improve oyeahhh

dia punya soalan tak menentu tau... jadi tak tahu nak cerita macam mana part ni tapi wehhh aku siap menyanyi lagi masa interview tu!!! damn jangan la tanya macam mana aku sampai kena menyanyi tu sebab aku pun tak tahu. tetiba je interviewer tu cakap, can you sing for me? HELP ME JAEBAL HELP MEEEEH aku pun nyanyi je la wehhh nak nangis taip part ni UWAAAA

time nyanyi tu ya Allah, bergetar suara wehhh first time aku nyanyi bergetar suara ya Allah..... aku nyanyi lagu A Million Dreams soundtrack the greatest showman tu alaaaa ahahhaahhaha yang kelakarnya,, lirik terabur weh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! tolong saya:""")

tapi Alhamdulilah, syukur ya Allah the interview went well rasa macam legaaaaaa sangat lepas dah habis tu. memang lama gila sebab dalam nak dekat pukul 6 baru aku siap. pastikan korang dah solat zuhur awal awal tau sebelum interview tu! :)))) dannnn

ok jangan lupa lunch! sebab nya benda first yang interviewer aku tanya adalah, do you eat lunch today??? aku nak menipu cakap ya tapi mulut aku keluar cakap no i didnt. ahahhahaha entahla haritu memang tak rasa lapar! dia cakap yang aku nampak penat rasanya memang obvious sebab bibir aku kering gila jadi pastikan korang nampak bermaya ahahahahha

dan yang paling bongoknya aku siap cakap yang aku excited utk interview haritu WEH KENAPA AKU CAKAP MACAM TU HAHAHAHAHA tak sebenarnya aku excited nak cepat habis.

oh bila dia suruh introduce yourself, korang cakap je panjang panjang sampai dia suruh stop. cakap je apa apa. hobi, what you love to do why you choose tesl dan apa apa je lah. jangan cakap apa yang korang tak tahu sebab next question biasanya diaorang akan tanya berdasarkan apa yang korang cakap sebelum tu jadi pandai pandai la ye!<3

aku tak pasti sangat tau kalau aku nak ke tak sebenarnya TESL ni tapi lepas dah hadir temuduga tu kan rasa macam yesss aku nak tesl ni AKU NAK please doakan aku dan kawan kawan aku dapat tau insyaAllah....

aku rasa macam happy la sikit sebab masa last tu aku cakap hope to see you again dan interviewer aku tu cakap hope to see you in dengkil! :""")) biarla rasa nak happy ;p  interviewer akan ada dua orang tapi yang akan tanya soalan tu sorang je yang lagi sorang tu senyap je dia macam tulis tulis entahla. ke yang sorang lagi tu tak nak cakap dengan akuu :"")

but at the end of the day, semua kuasa Allah jugak jadi buat je yang terbaik dan berdoa sambil tunggu keputusan. kalau dapat alhamdulilah, kalau tak percaya la rezeki kita kat tempat lain la tu. Allah know best kan ;) have faith in Him. all is well, insyaAllah. asssalamualaikum.

kalau ada soalan, feel free to ask me. insyaAllah saya cuba jawab(hikshiks;p)

bye!


Comments

N said…
Uwaahh, ain, insha Allah ada rezeki :) btw, part nyanyi tu memang tak boleh blah..hahahahh >.<
Aindewww said…
@Nik Ailya Saffaa Nik Hisham

hehehehe kannn HAHAHA thankyouuuu ^^

Popular Posts